NEWSKITA.MY • BERITA • PERSPEKTIF • KITA
NEWSKITA.MY
NEWS • BUSINESS • TECHNOLOGY • CULTURE
PORTAL BERITA DIGITAL • MALAYSIA • EDITORIAL
NEWSKITA / DIGITAL EDITION

Berita & Perspektif

NEWSKITA / BERITA

Ceramah tentang ‘strawberi’ punca kena Sispaa

 


PETALING JAYA – Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin mendedahkan beliau terpaksa menjawab aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa) berhubung ceramahnya yang menyentuh topik generasi ‘strawberi’.

Beliau berkata, pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memberinya tempoh tiga hari untuk menjawab aduan berkenaan dan menjelaskan sebab beliau menyampaikan ceramah mengenai topik itu.

“Saya tak ada nak cerita hal strawberi, saya jadi menyampah nak cerita, tuan-tuan. Tuan-tuan tahu, saya kena Sispaa tajuk tu?

“Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab. Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK untuk jawab, kenapa saya ceramah tajuk tu. Malas ceritalah,” katanya.

Beliau berkongsi perkara itu ketika menyuarakan rasa kecewa apabila ceramah mengenai topik berkenaan turut menyebabkan dirinya perlu memberikan penjelasan kepada pihak terbabit.

Luahannya itu meraih perhatian orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai reaksi pada ruangan komen.

“Itupun di ‘Sispaa’, teruk betul,” ujar seorang pengguna.

“Saya pun baru dengar ceramah dia pagi tadi. ‘Tup-tup’ kena Sispaa,” kongsi pengguna lain.

“Seriuslah,” komen netizen lagi. - NEWSKITA

← Kembali ke laman utama